Bank Tertua Australia Ini Haramkan Pembayaran Pada Binance!

282

“Binance kena kental, hidup ni memang banyak dugaan.”

Situasi ini boleh dianggap sebagai tamparan hebat apabila bank tertua di Australia WestPac yang ingin melindungi para pelabur daripada semua bentuk penipuan telah rancang menyekat urus niaga bursa mata wang kripto Binance.

Hal ini kerana WestPac yang boleh dikatakan sebagai bank mesra kripto mendedahkan bahawa akaun pelaburan telah terdedah dengan penipuan, di mana satu pertiga daripada semua transaksi pembayaran dihantar terus ke Binance.

Menurut Scott Collary, Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan dan Teknologi Westpac berkata penipu sering kali menggunakan bursa luar negara susulan pelanggannya dapat mengetahui mereka ditipu setelah wang itu ditinggalkan negara seterusnya menjadikan pemulihan agak sukar.

Selain sentiasa ditakrifkan sebagai negara mesra kripto, Australia turut merupakan salah satu negara yang bersungguh-sungguh menangani penjenayah siber.

Walaupun sudah terdapat amaran daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) tentang aktiviti penipuan, langkah WestPac tersebut adalah antara usaha agresif untuk membendung eksploitasi yang kian berleluasa.

Bank tersebut menyatakan bahawa pasukan sekuriti mereka mengesan sebanyak 60% daripada semua percubaan penipuan, oleh itu WestPac akan sedaya upaya naik taraf sistemnya supaya sebarang penipuan sukar untuk tercetus.

Pun begitu, tindakan berikut dapat memberi kesan ketara terhadap Binance susulan bank lain mungkin memilih untuk mengikuti jejak WestPac ditambah pula bursa kripto itu pada masa lalu telah menghadapi tekanan dengan ASIC.

Susulan itu, semua bursa kripto harus diingatkan untuk menilai semula pendekatan perniagaan mereka sekiranya ingin terus bertahan dan bergerak ke hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat