Analisis Teknikal EUR/JPY – Harga Kekalkan Trend Bullish Sepanjang Minggu Ini

249

Pergerakan corak bullish harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang EUR/JPY sepanjang minggu ini.

Walaupun lemah berbanding US dolar, namun mata wang Euro dilihat bergerak kukuh berbanding Yen sejak pulih dari minggu lalu.

Jika pada minggu lalu harga jatuh ke sekitar paras 146.200, menuju penghujung minggu ini harga telah berjaya mendaki semula menuju ke paras 150.00.

Sesi Asia pagi ini (Jumaat) melihatkan harga sedikit menurun selepas mencapai paras ketinggian 149.400 di penutup sesi New York sebelumnya.

Namun harga masih lagi bergerak meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut yang masih menunjukkan isyarat bagi pergerakan trend bullish.

Jika kenaikan masih berjaya diteruskan lagi di penghujung minggu ini, paras 150.00 mampu dicapai untuk mencatatkan paras tertinggi 2 minggu.

Dan sekiranya harga kekal bertenaga menyambung lonjakan lebih tinggi, paras 151.600 yang dicapai di awal Mei lalu akan menjadi sasaran untuk dicapai semula setelah harga merekodkan paras tertinggi itu sejak 2008.

Namun jika harga mula membuat penurunan semula pada sesi-sesi akhir ini, zon 148.300 dilihat kawasan terhampir untuk diuji harga terlebih dahulu.

Penurunan lanjut yang diteruskan akan mensasarkan pada zon support 146.200 yang telah dicecah harga pada minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat