Belum Bebas Lagi, GBP/USD Terkurung Dalam Julat $1.2400 – $1.2300

112

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mendatar sepanjang Isnin semalam ketika pasaran masih dalam suasana berwaspada menantikan kesan perkembangan isu siling hutang Amerika Syarikat (AS) yang terbaru.

Kesepakatan akhirnya berjaya dicapai antara Presiden Joe Biden dan Republikan McCarthy untuk menaikkan siling hutang dan kini menantikan kelulusan di Dewan dan Senat pula.

Berikutan bank-bank di AS dan UK turut ditutup pada awal minggu semalam, mata wang US dolar dan Pound dilihat hanya mendatar sehingga ke penghujung sesi New York.

Harga meniti perlahan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).

Rintangan kekal di paras 1.24000 sementar paras sokongan harga di 1.23000 dengan harga bergerak dalam julat 100 pips tersebut sejak penghujung minggu lalu.

Arah pergerakan lebih jelas ditentukan selepas salah satu paras tumpuan tersebut ditembusi oleh harga.

Sekiranya lonjakan berlaku menyaksikan harga tembusi rintangan 1.24000, ini akan menjadi isyarat bullish untuk menyokong harga meneruskan kenaikan menuju zon 1.25000.

Untuk kenaikan lebih tinggi yang dilanjutkan, paras ketinggian pada 1.26000 pula akan menjadi sasaran berikutnya.

Sebaliknya jika harga mula menjunam semula, paras sokongan 1.23000 bakal diuji dan jika ditembusi, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan harga yang lebih dalam.

Penurunan terbaru boleh mencecah sehingga ke sekitar 1.22000 untuk catatkan paras terendah terbaru 10 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat