Bukan Biasa-Biasa, PancakeSwap Lancarkan Game Dengan Ganjaran Token CAKE!

183

“Wow menarik, lepas ni siapa yang bosan tu boleh la try main game ni.”

Bursa mata wang kripto decentralized (DEX) PancakeSwap melancarkan game pertahanan menara (tower defense) digelar Pancake Protectors pada Mobox, platform Gamefi pemain lawan pemain (PVP) pada rantaian Binance.

Menerusi blog rasmi DEX, berita terbaru pada hari ini adalah berhubung penyepaduan token diasaskan oleh Pancake Swap iaitu CAKE, di mana game tersebut membenarkan para pemain memperoleh aset semasa bermain.

Antara beberapa faedah dan utiliti yang boleh diakses oleh pemain apabila menggunakan CAKE dalam Pancake Protectors adalah menuntut figura (claim heroes) dalam game dan mengecas semula sumber dalam game tertentu.

Selain itu, Pancake Protectors turut akan unlock level baharu, memberi ganjaran tambahan dan membenarkan pemain staking token untuk menjana tambahan aset dalam game tersebut.

Suka dimaklumkan bahawa PancakeSwap yang didayakan pada Binance Smart Chain bukan sahaja membolehkan kripto didagangkan tanpa pihak berkuasa berpusat malah self-custody pada setiap masa.

Menurut ketua chef Pancake Swap digelar Mochi dalam akaun Twitter miliknya, game tersebut bukanlah play-to-earn (P2E) susulan platform mereka sama sekali tidak mengaplikasikan inflationary models* untuk memacu pertumbuhan game.

*Mengubah pemain yang tidak membayar kepada pelanggan yang membayar

Namun, Mochi berkata pasukannya berbangga dapat memeterai perjanjian bersama Mobox untuk menyampaikan pengalaman game yang menyeronokkan dan luar biasa sambil menambah mereka akan memantau dengan teliti reaksi masyarakat untuk melihat game itu sesuai atau tidak.

Umum mengetahui bahawa naik taraf Pancake Swap Version3 baru-baru ini telah menjanjikan yuran dagangan yang kompetitif dan peruntukan kecairan lebih baik, tetapi harga CAKE kini masih melihat penurunan 3.37% pada paras $1.73 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat