Biar Betul Harga Bitcoin Susut Selepas Lebih 15,000 BTC Dipindahkan?

2,628

Satu laporan mendedahkan, salah seorang pelabur besar Bitcoin (BTC) telah memindahkan 15,598 BTC bernilai $500 juta, ketika harga matawang Satoshi Nakamoto melepasi $40,000 pada minggu lepas.

Pemindahan tersebut dilakukan dalam tiga transaksi berbeza pada 7 Januari lalu. Transaksi pertama melibatkan 4,892 BTC, diikuti 4,360 BTC dan 3,400 BTC. Ketiga-tiga transaksi tersebut dipindahkan dari wallet yang tidak dikenalpasti.

Tanpa disangka, harga Bitcoin (BTC) telah susut di bawah $40,000 selepas pemindahan tersebut.

Pemindahan tersebut menjadi perhatian penyelia undang-undang di Washington yang sedang berusaha memerangi pengelakan pembayaran cukai kripto.

Pada bulan lalu, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan cadangan untuk mengenakan pengumpulan data pengguna yang melakukan transaksi lebih $3,000 terhadap pertukaran dan perniagaan kripto.

Idea tersebut telah mengundang kritikan dalam kalangan komuniti kripto kerana dianggap melanggar pindaan keempat melibatkan pencarian dan penyitaan yang tidak masuk akal.

BTC mencatatkan penyusutan mencecah $34,500 selepas melonjak kepada $42,000 pada minggu lepas. Ketika penulisan, Bitcoin kembali pulih di paras $35,709.

Penganalisis menyifatkan penyusutan tersebut didorong oleh tekanan pembelian yang semakin berkurangan menjelang hari minggu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat