Billionaire Mula Jual Sahamnya, Pasaran Nak Crash?

2,436

“Pergh, semua orang yang baca artikel ni mesti kelam kabut kan takut market jatuh.”

Di tengah-tengah S&P Global capai paras tertinggi sepanjang masa, banyak pihak pada masa ini bimbang kejatuhan pasaran bakal tercetus disebabkan terdapat trend jualan besar-besaran di kalangan orang kaya termasuk billionaire dan elit.

Misalnya baru-baru ini, Jeff Bezos yang merupakan individu kedua terkaya di dunia susulan memiliki nilai bersih $199 bilion dilaporkan secara tiba-tiba bertindak menjual timbunan 50 juta saham Amazon bernilai $8.5 bilion.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta Mark Zuckerberg pula mengambil langkah sama di mana beliau menjual sekitar setengah bilion dolar Amerika Syarikat (AS) saham Meta dan kini ia memegang sahamnya hanya $170 bilion.

Dalam kejadian sama mengejutkan, CEO JP Morgan Jamie Dimon menjual ekuitinya di bank $150 juta buat kali pertama sejak 2005 manakala ahli kongres dan wakil San Francisco Nancy Pelosi berdagang saham Nvidia apabila kerajaan memperkenalkan rang undang-undang semikonduktor.

Pergerakan orang berpengaruh biasanya dianggap sebagai petanda penting susulan spekulasi utama berhubung penjualan saham Dimon adalah tentang potensi krisis perbankan, oleh itu pelabur kini mempersoalkan jika kejatuhan perbankan akan berlaku.

Selain ramai pelabur juga ingin tahu sama ada penjualan itu menunjukkan kemungkinan serangan siber selepas Pelosi melabur dalam firma keselamatan siber baru-baru ini, sebab-sebab seperti pengurangan cukai dan buat keuntungan kecil sentiasa dalam perbincangan.

Jadi di sini dapat dilihat pergerakan gergasi pasaran sentiasa dipantau ekoran pemunggahan portfolio telah cipta spekulasi di kalangan orang ramai untuk tertanya-tanya sama ada penjualan itu adalah tanda-tanda kejatuhan pasaran.

Memang tidak dinafikan tiada kepastian lagi tentang kejatuhan pasaran, tetapi pelabur kini akan memerhatikan secara teliti data utama, pergerakan oleh orang berpengaruh dan juga kemungkinan petunjuk kemelesetan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat