Binance Sah Umum Menggantung Dagangan SPOT Terra (LUNA)!

8,733

Binance pada petang tadi telah membuat pengumuman rasmi dan memutuskan langkah untuk menggantung dagangan spot untuk dua lagi pasangan dagangan yang melibatkan aset Terraform TerraUSD (UST) dan Terra (LUNA) yang kini sedang menjadi isu hangat berikutan kejatuhan mendadak.

Dalam pengumuman di platform rasmi Binance yang merupakan bursa mata wang kripto global menyatakan bahawa mereka akan menggantung dagangan spot untuk pasangan dagangan LUNA/BUSD dan UST/BUSD disebabkan turun naik mendadak yang membawa kepada penurunan yang besar.

( Catatan tambahan berdasarkan kemaskini terbaru: Binance telah membenarkan semula dagangan pasangan LUNA/BUSD dan UST/BUSD selepas jam 10.00 p.m )

Binance sebelum ini telah menggantung pasangan dagangan margin dan spot yang melibatkan UST dan LUNA. Ini berlaku kira-kira 8 jam selepas bursa mengumumkan penyingkiran pasangan dagangan margin melibatkan Terra (LUNA) yang termasuk pasangan dagangan margin silang seperti LUNA/BUSD, LUNA/USDT, LUNA/BTC dan pasangan margin terpencil LUNA/BUSD, LUNA/USDT, LUNA/BTC, LUNA/ETH dan LUNA/UST.

Binance mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan dagangan dengan menutup posisi dagangan pengguna, menjalankan penyelesaian automatik dan membatalkan semua pesanan belum selesai pada pasangan margin yang disebutkan.

Krisis Terra dan Luna semakin memuncak. Harapan yang disemat dari masa ke semasa semakin pudar apabila harga LUNA terus jatuh. Kini ia didagangkan pada harga $0.00003475 dan berada pada kedudukan ke 235.

Pasukan pembangunan Terra terpaksa menggantung blok Terra dan menghentikan pengeluaran blok di blok 7607789 selama kira-kira dua jam pada hari Khamis untuk mengelakkan sebarang penggodaman di tengah-tengah krisis dan cuba untuk menyusun semula rancangan. Pengeluaran blok disambung semula sejurus selepas itu.

Dalam cubaan untuk menstabilkan TerraUSD (UST), pasukan pembangunan memperkenalkan mekanisme pembakaran yang seterusnya menyaksikan sejumlah besar token LUNA dipam ke dalam pengedaran dengan pemegang UST cuba untuk mengeluarkan pegangan. Langkah ini telah meningkatkan bekalan yang beredar LUNA daripada hanya kira-kira 346 juta kepada 6,530.35 bilion token.

Ketua Pegawai Eksekutif Do Kwon dan pasukan Terra menyatakan bahawa rancangan penyelamatan sedang dijalankan untuk menyelesaikan krisis yang sedang berlaku namun belum menunjukkan hasil yang dapat menyuburkan kembali harapan. UST kini didagangkan pada 0.15 berbanding US dolar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat