Bitcoin (BTC) Kembali Ke Paras $20,000, Namun Pelabur Sudah Hilang Minat?

1,380

‘Strategi buy the dip mungkin boleh diguna pakai, namun tidak dinafikan tetap memiliki risiko.’

Pasaran mata wang kripto kekal bearish sungguhpun Bitcoin (BTC), ibu kepada segala kripto, berjaya kembali ke paras $20,000 baru-baru ini selepas membuat ‘terjunan Pandalela’ ke paras serendah $17,000 minggu lalu.

Rentetan suasana bearish tersebut, pelabur-pelabur masih pesimis terhadap mata wang kripto dengan kebimbangan tercetusnya ‘domino effect’ daripada penjualan pegangan bagi memenuhi panggilan margin (MC) dan menampung kerugian.

Situasi ‘Domino Effect’ Pasaran Kripto

Ulas dana lindung nilai kripto, Three Arrows Capital kepada Wall Street Journal tempoh hari, mereka sedang meneroka segala pilihan termasuk penjualan aset dan mencari penyelamatan oleh firma lain.

Selain itu, pemberi pinjaman kripto Asia Babel Finance dan pemberi pinjaman dari Amerika Syarikat (AS) Celsius Network juga telah bertindak menangguhkan pengeluaran semasa fasa ‘beruang’ melanda pasaran kripto.

Jelas Adam Farthing dari B2C2, andai situasi penarikan balik kredit dan pemberi pinjman perlu menyerap kerugian dari Celsius dan Three Arrows, maka ia akan mengurangkan saiz jumlah pinjaman masa depan yang boleh membawa kepada penurunan jumlah kredit dalam ekosistem kripto.

Perkara tersebut disokong oleh Ketua Strategi Kewangan Solrise Finance, Joseph Edwards, dengan mengatakan kebanyakan industri sedang bersiap-siaga untuk perkara paling buruk yang akan datang.

Dalam pada itu, kejatuhan kripto adalah seiring dengan kemerosotan ekuiti ekoran tindakan agresif bank pusat AS menaikkan kadar faedah dan menambah risiko kemelesetan.

Sebagai makluman, BTC dilihat cenderung bergerak dalam aliran serupa dengan aset berisiko lain seperti saham teknologi.

Kesempatan Atas Kesempitan

Sungguhpun pesimis, terdapat juga beberapa pelabur yang menganggap situasi bearish ini sebagai satu peluang.

Menurut Andrew Brenner dari National Alliance Securities, sesetengah pelabur dilihat mahu mengambil peluang ‘buy the dip’ kerana BTC berada di paras bawah.

Pada ketika artikel ini ditulis, BTC dilihat meningkat 2.81% pada $20,153.36 namun mencatat penurunan mingguan sebanyak 5.27%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat