Bitcoin Mungkin Akan Naik Sehingga $40,000 Hujung Tahun Depan – Novogratz

223

Bekas pengurus dana di Fortress, Michael Novogratz berkata pada Isnin bahawa Bitcoin boleh naik empat kali ganda dalam tempoh 13 bulan akan datang.

“Bitcoin mungkin akan capai harga $40,000 pada penghujung 2018. Ia akan naik dengan mudah,” kata Novogratz kepada CNBC. “Etherium pula telah mencapai $500 atau semakin hampir, ia boleh naik tiga kali ganda daripada harga semasa.”

Bitcoin kini didagangkan di sekitar $9,784 setakat pukul 9.51 malam pada Selasa. Etherium pula mencapai paras tertinggi $493.40 pada Isnin turun kepada $465.58 pada Selasa.

Jumlah modal pasaran kesemua matawang digital kini mencapai $304 billion di mana Novogratz menjangka ia akan meningkat enam kali ganda kepada $2 trillion penghujung tahun depan.

“Ada gelombang wang yang besar sedang menghampiri, bukan hanya di sini tetapi seluruh dunia,” kata Novogratz.

Permintaan tinggi dari Asia telah banyak menyumbang kepada kenaikan harga Bitcoin. Jepun adalah paling banyak membeli Bitcoin dengan jumlah dagangan sehingga 62%. Manakala Bitcoin dalam nilai USD hanya 21% dan Korea Selatan Won 9%.

“Apa yang membezakan koin ini dengan komoditi yang lain… tiada respon penawaran di sini,” kata Novogratz. “Jadi ini adalah impian spekulator di mana apabila orang membeli, tiada penawaran baru mendatang. Jadi, ia hanya akan naik ke atas. Jika ada pembetulan harga sehingga 50%, ia akan terus menurun.”

Bitcoin contohnya tidak boleh dihasilkan lebih banyak bagi memenuhi permintaan kerana penawaran Bitcoin hanya berjumlah 21 juta koin sahaja di dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat