Dolar Kanada Tertekan Dengan Kejatuhan Harga Minyak, Tumpuan Hari Ini Kepada Poloz

55

Dolar Kanada membuat penurunan pada Isnin berikutan kejatuhan harga minyak mentah. Minyak mentah adalah komoditi eksport terbesar Kanada dan sebab itu Loonie (CAD) sering terkesan apabila berlaku naik atau turun harga komoditi hitam tersebut.

Harga minyak mentah baru-baru ini mencapai paras tertinggi sejak dua tahun lalu yang telah banyak menyokong CAD walaupun dengan data ekonomi yang mengecewakan minggu lalu. Namun, apabila harga minyak mentah jatuh 1% dari paras tertinggi, CAD juga turut melemah.

Setakat ini pada pukul 8.49 malam, CAD masih lagi susut secara keseluruhan. Sesetengah penganalisis menjangka harga minyak mentah boleh mencapai paras $80 pada 2018.

Kejatuhan dolar Kanada (CAD) lebih kepada kurangnya permintaan domestik dengan ketidaktentuan berita dan event (peristiwa) yang akan dikeluarkan minggu ini.

Data terbaru dari Kanada agak mengecewakan dengan bacaan jualan runcit yang jauh meleset daripada jangkaan. Hal ini menunjukkan pertumbuhan Kanada tidaklah begitu kukuh menjelang akhir tahun 2017.

Pasaran akan memberi tumpuan kepada ucapan Gabenor Poloz pada Rabu pukul 00.30 pagi. Jika beliau memberi isyarat tentang perancangan polisi monetari pada 2018, Loonie akan terkesan. Jika Poloz memberi komen yang lebih hawkish walaupun dengan data yang jauh meleset, Loonie akan memulih jauh lebih tinggi daripada kejatuhan sebelum ini.

Sebaliknya, jka Poloz menyatakan kebimbangan terhadap pertumbuhan yang perlahan, kita akan melihat kejatuhan mendadak CAD. Data ekonomi penting pertumbuhan (GDP) akan dikeluarkan pada Jumaat untuk bulan September dan suku ketiga keseluruhannya.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat