Sentimen Pasaran Setakat Ini: USD Naik, Emas Merosot, Minyak Jatuh Sejak Isnin

74

Matawang US dolar bergerak sedikit tinggi tetapi masih tertekan berbanding matawang yang lain pada Selasa. Kebimbangan terhadap peristiwa berisiko iaitu undian Senat U.S. terhadap reformasi cukai dan juga potensi kenaikan kadar faedah di masa hadapan.

Sentimen terhadap US dolar masih lemah dengan beberapa faktor menekan matawang greenback minggu lalu.

Para pelabur juga sedang memerhatikan pengesahan Jerome Powell di Kongres pada masa artikel ini ditulis. Pasaran sedang menunggu sama ada Powell akan memberikan sebarang isyarat tentang polisi di masa hadapan.

Pemain pasaran juga terus memerhatikan perkembangan reformasi cukai yang dijangka akan diundi di Senat pada Khamis. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.24% setakat pukul 11.06 malam pada Selasa.

Pasaran minyak mentah

Harga minyak mentah jatuh dua hari berturut-turut pada Selasa di mana pasaran sedang menunggu mesyuarat pengeluar minyak OPEC dan non-OPEC di Vienna pada Khamis.

Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) untuk kontrak Januari jatuh 0.34% kepada $57.91 setong selepas mencapai paras tertinggi dua tahun lalu pada harga $59.05.

Para pedagang semakin berhati-hati menjelang mesyuarat tersebut, walaupun ramai penganalisis menjangka pakatan tersebut akan melanjutkan pemotongan bekalan sehingga hujung tahun depan.

Pasaran komoditi berharga

Harga emas masih lagi stabil di sekitar paras tertinggi enam minggu lalu dengan sentimen terhadap US dolar masih lagi lemah.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex susut 0.21% pada Selasa kepada $1,291.40.

Harga emas sensitif dengan pergerakan US dolar, di mana jika US dolar naik akan menyebabkan harga emas pula menurun. Oleh itu, secara mudahnya untuk melihat sentimen emas ini kita secara langsung boleh melihat sentimen dan fundamental pasaran untuk US dolar untuk menganalisis pergerakan harga emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat