Bitcoin.org Diserang DDoS, 0.5 BTC Sebagai Tebusan

706

Bitcoin.org dilaporkan menjadi serangan penafian perkhidmatan teredar atau denial-of-service (DDoS) pada tengah malam tadi.

Bitcoin.org merupakan laman web yang khusus kepada mereka yang mahu belajar tentang bitcoin (BTC) dan pada masa yang sama ia menyokong pembangunan raja matawang kripto itu.

Insiden itu dikhabarkan di laman Twitter oleh pemiliknya yang dikenali sebagai Cøbra: “Bitcoin.org diserang DDoS dan mereka memerlukan wang tebusan atau serangan itu akan diteruskan.”

Dikatakan sebanyak 0.5 BTC (sekitar RM 70,517) dituntut oleh hackers tersebut.

Ini bukan kali pertama laman web tersebut diserang DDoS. Pada Disember kejadian yang sama telah berlaku menyebabkan pengguna gagal mengakses perisian Bitcoin Core untuk beberapa jam.

Serangan DDoS juga sinonim menyasarkan platform pertukaran kripto seperti Binance, OKEx dan Bitfinex.

Bitcoin.org menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini bermula dengan ancaman undang-undang daripada individu yang mengaku dirinya sebagai Satoshi Nakamoto, Craig Wright.

Kemudian pada minggu lalu, mahkamah United Kingdom (UK) telah memutuskan kemenangan ke atas Wright yang mendakwa Bitcoin.org telah melanggar hak cipta kerana memuatnaik white paper Bitcoin.

Bagaimanapun Cøbra tidak mengambil tindakan balas.

Ekoran daripada itu, Bitcoing.org telah menyekat akses bagi muat turun perisian Bitcoin Core bagi mana-mana pengguna yang mengakses menggunakan alamat IP UK dan mana-mana pautan yang mengaitkan dengan white paper Bitcoin turut dipadam serta-merta.

Ketika penulisan, Bitcoin (BTC) didagangkan pada harga $33,903 dengan penyusutan hampir 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat