BitFlyer, Syarikat Pertukaran Matawang Crypto Terbesar Di Jepun Meluaskan Pasaran Ke Eropah

784

Bitflyer merupakan platform pertukaran bitcoin dan matawang crypto terbesar di Jepun. Syarikat bitFlyer mula beroperasi di Tokyo Jepun.pada tahun 2014 dan membolehkan pelabur menjalankan dagangan secara rasmi.

Pada tahun 2017, syarikat bitFlyer telah melebarkan sayapnya ke pasaran Amerika Syarikat bagi memperdagangkan matawang crypto bitcoin. Pada peringkat awal, pelabur dan pedagang boleh hanya menukarkan US dolar dengan bitcoin. Namun kini platform pertukaran itu telah memperluaskan perkhidmatannya kepada matawang crypto yang lain.

Terkini pada 23 Januari, syarikat pertukaran bitcoin terbesar itu telah mengumumkan akan melancarkan platform pertukarannya di Eropah.

Syarikat bitFlyer telah diberikan lesen payment institution (PI) iaitu kebenaran untuk beroperasi secara rasmi di kesatuan Eropah. Maka dengan ini, bitFlyer menjadi plaform pertukaran pertama yang beroperasi di Jepun, US dan Eropah secara rasmi (dikawal selia).

Hampir 25% jumlah dagangan bitcoin di dunia telah di dagangkan di platform pertukaran bitFlyer. Berdasarkan data yang dikeluarkan coinhills, jumlah dagangan bitcoin di bitFlyer adalah sebanyak 161,779.19 BTC. Hal ini menyebabkan bitFlyer menduduki tangga teratas sebagai platform pertukaran yang mengendalikan jumlah dagangan bitcoin terbanyak di dunia,

BitFlyer juga mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan menawarkan dagangan bitcoin dengan matawang Euro BTC/Euro. Pada ketika ini, euro merupakan matawang ketiga terbesar yang sering ditukarkan dalam pasaran bitcoin. Hampiri 10 billion euro ($12 billion) didagangkan setiap bulan di serata dunia dalam pasaran bitcoin.

Terkini harga bitcoin berada pada paras $10,567.90 seunit setakat jam 2.50 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat