BOE Nak Naikkan Kadar 200 Mata Asas? Ini Jadi Pada Pound!

390

Setelah mengalami kejatuhan mendadak pada awal minggu, mata wang pound kembali didagangkan stabil pada hari Selasa dengan dukungan daripada peningkatan hasil hutang Britain.

Kesan daripada pengumuman pemotongan cukai dan rangsangan tambahan kepada isi rumah UK, pound telah menjunam parah pada hari Jumaat dan Isnin sehingga mencecah rekod terendah sepanjang masa pada $1.0327.

Bagaimanapun, ia kembali melantun kepada $1.0770 pada sesi Asia hari ini, dibantu oleh janji Bank of England (BOE) untuk memantau pasaran dan melaksanakan kenaikan kadar jika perlu.

Rentetan daripada langkah yang diambil daripada kerajaan, pasaran mula mencetuskan spekulasi bahawa BOE akan melaksanakan peningkatan kadar faedah yang bersaiz besar.

Bermula dengan jangkaan 100 mata asas, dan 150 mata, pasaran juga tidak menolak kemungkinan untuk kenaikan 200 mata asas dari BOE pada mesyuarat bulan November.

Beralih kepada pergerakan raja mata wang, US dolar kekal didagangkan kukuh di sekitar paras tertinggi walaupun sedikit susut berbanding pesaing utamanya.

Euro pula terus berlegar pada sekitar paras terendah dua dekad, ditekan oleh krisis tenaga dan risiko perang baru di Ukraine yang semakin meningkat.

Dolar Aussie dan New Zealand yang menyentuh titik terendah baharu 2 setengah tahun pada Isnin, cuba bangkit semula dengan kedua-duanya menokok 0.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat