Pasaran Ekuiti Dilanda Badai, Sentimen Keseluruhan Terlalu Negatif

90

Aliran ekuiti kekal lemah dengan saham utama Wall Street mengalami kerugian terbesarnya sementara dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil Perbendaharaan meneruskan lonjakan tinggi.

Berita suram dilihat memenuhi pasaran dengan rancangan bank pusat AS akan meneruskan kenaikan kadarnya di sebalik ketidaktentuan pasaran, diapit penyusutan Pound ke paras terendah baharu menepis harapan untuk ekuiti melonjak.

Rentetan itu, Dow Jones Industrial mengesahkan bearish dengan indeksnya jatuh 1.11% pada 29,260.81 sementara S&P 500 susut 1.03% iaitu paras terendah baru 2022 pada 3,655.04 dan Nasdaq Composite susut 0.6% pada 10,802.92.

Melihat kepada tolok ketakutan Wall Street, VIX naik sekitar 6% buat kali pertama sejak Oktober 2020.

Turut mengalami situasi yang sama adalah indeks STOXX 600 Eropah apabila ia susut 0.42% iaitu paras terendah sejak 2020.

Sungguhpun begitu, pergerakan ekuiti di rantau Asia memperlihatkan pembukaan positif dengan Nikkei 225 Jepun naik 0.65% sementara Topix capai 0.66% dan S&P/ASX 200 Australia tambah 0.46%.

Kospi Korea Selatan dibuka tinggi dan Kosdaq raih 0.64% sementara indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun agak mendatar.

Ringkasan mata wang menyaksikan dolar naik 0.8% pada $114.06 apabila Pound Britain susut ke paras terendah sepanjang masa pada sekitar $1.034.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS turut mencapai paras tertinggi baru dengan nota 2 tahun naik 4.315% iaitu paras tertinggi 15 tahun dan nota 10 tahun lonjak 3.894%.

Bagi komoditi, minyak mentah AS jatuh 2.5% pada $76.75 dan Brent turun 2.5% pada $84.04 sementara spot emas susut 1.2% pada $1,623.4.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat