Boleh Ke GBP/USD ‘Terbang’ Lagi Lepas Capai Paras Tertinggi 7 Minggu?

365

Kekal menamatkan minggu yang cemerlang bagi penutup dagangan 2021, Pound berjaya pamerkan prestasi lebih baik berbanding US dolar yang sedikit suram.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD sepanjang minggu lalu menyaksikan harga kekal mencatatkan paras ketinggian terbaru sehingga berlabuh tirai 2021 pada Jumaat lalu.

Ketinggian yang dicapai pada 1.35500 ketika lonjakan Jumaat lalu merekodkan paras tertinggi untuk tempoh dagangan 7 minggu.

Data ekonomi bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK akan diberi tumpuan pada minggu ini yang dijangka akan turut mempengaruhi pergerakan Pound.

Pelabur optimis terhadap pergerakan tempoh jangka panjang buat Pound selepas bank pusat England pada mesyuarat dasar yang terbaru telah mula meningkatkan kadar faedah menunjukkan kesediaan untuk beralih ke fasa pengetatan polisi.

Namun, akan menjadi rintangan buat Pound disebabkan US dolar juga diunjur mengukuh pada tahun 2022 selepas Federal Reserve (Fed) mengumumkan langkah mempercepatkan pengurangan pembelian bon (tapering) dan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang lebih segera.

Bersambung pada dagangan pembukaan 2022, harga pada carta GBP/USD menunjukkan penurunan semula ke paras tumpuan 1.35000 yang dilihat akan menjadi paras sokongan untuk harga menyambung kembali lonjakan.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga turut diuji sekitar zon 1.35000 tersebut setakat dagangan pada sesi Asia.

Jika paras-paras tersebut gagal ditembusi, corak kenaikan harga dijangka akan diteruskan untuk harga menuju pula ke paras ketinggian seterusnya pada 1.35700.

Untuk penurunan lebih rendah, zon tumpuan pada 1.34000 akan diuji sebelum zon RBS (resistance become support) 1.33600 pula akan memberi isyarat pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat