Boleh Ke Ucapan Powell Pengaruhi Pasaran?

564

US dolar susut dari paras tertinggi satu minggu, menyusuli penurunan hasil perbendaharaan AS 10 tahun menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) AS, Jerome Powell pada malam ini.

Penanda aras hasil bon 10 tahun berlegar di sekitar 1.67%, membolehkan US dolar berundur dari paras tertinggi dan saham global kembali stabil.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden dilaporkan akan mempertimbangkan rancangan ekonomi baru yang merangkumi perbelanjaan infrastruktur dan juga kenaikan cukai.

Selain itu, perhatian pasaran turut disasarkan kepada Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen yang juga akan memberi keterang“an di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Dewan pada hari Selasa dan Jawatankuasa Perbankan Senat pada hari Rabu.

Walaupun dengan penyusutan US dolar, bagaimanapun, dolar Aussie dan kiwi gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat dengan didagangkan mendatar disebabkan tekanan oleh harga komoditi yang lemah.

Pengeluaran keluli di China terbatas disebabkan kebimbangan terhadap percemaran dan ini telah menekan permintaan terhadap bijih besi yang menjadi eksport terbesar Australia ke China.

Matawang pound sedikit meningkat namun kenaikan yang dicatatkan terbatas disebabkan tekanan terbaru dari Kesatuan Eropah (EU) yang mengancam untuk menghentikan eksport vaksin ke UK. Ini boleh menjejaskan program vaksinasi di UK.

Perdana Menteri Boris Johnson turut merancang untuk melanjutkan langkah sekatan sehingga bulan Oktober berbanding Jun yang dianggarkan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat