Boom! GBP/USD ‘Meletup’ 200 Pips!

805

Ketidaktentuan sentimen pasaran pada Rabu telah menjadi pemacu utama pergerakan harga dalam pasaran membuatkan pelabur turut gelisah.

Menjadi tumpuan utama adalah pada sesi Eropah apabila pergerakan lemah matawang Pound pada beberapa sesi sebelumnya telah memperlihatkan harga ‘meletup’ melonjak tinggi sehingga kenaikan harian mencecah 200 pips!

Ini adalah disebabkan laporan berkenaan rundingan Brexit di mana UK bakal melanjutkan tempoh rundingan selepas tarikh akhir yang ditetapkan pada hari ini iaitu 15 Oktober.

Walaupun sebelum ini Pound terkesan dengan kenyataan bank pusat England yang sedang mempertimbangkan kadar faedah negatif, namun perkembangan positif rundingan Brexit cukup untuk mengukuhkan semula dagangan Pound semalam.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD semalam, harga pada mulanya meneruskan penurunan di sesi Asia sekitar 80 pips.

Namun, trend harga berubah di sesi Eropah apabila harga melonjak semula 200 pips bersambung ke sesi dagangan New York melepasi paras penting 1.3000.

Paras tertinggi harian dicapai semalam mencecah 1.30640, tidak berjaya mengatasi ketinggian hari sebelumnya dan menutup dagangan 50 pips lebih rendah.

Memulakan dagangan di sesi Asia di atas paras 1.3000, harga dilihat masih mengekalkan momentum kenaikan walaupun pergerakan harga perlahan.

Kenaikan akan dijangkakan mengatasi paras rintangan minggu ini sekitar 1.30800 sebelum diteruskan menuju zon resistance 1.32000.

Namun, berwaspada jika arah pergerakan harga kembali berubah dan membuat penurunan semula di bawah paras 1.30000.

Penurunan dilihat akan kembali semula ke zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.29000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat