Bull Season Semakin Terasa, Bitcoin Kembali Menyinari Pasaran Kripto!

948

Pada pembukaan pasaran minggu ini nampaknya Bitcoin (BTC) memulakan satu momentum yang sangat baik dalam pasaran.

Prestasi kebanyakan kripto menunjukkan pergerakan harga yang positif didorong oleh harga Bitcoin yang kekal dengan pergerakan harga konsisten.

Beberapa sentimen telah menyokong kuat harga Bitcoin sehingga berjaya menembusi paras $50,000.

Sesi dagangan bulan Ogos, Bitcoin telah menghasilkan 35% lonjakan dengan mencatatkan paras tertinggi terbaru berturut-turut.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga BTC/USDT.

Pergerakan harga BTC terus menyaksikan lonjakan yang drastik sejak kebelakangan telah menjadi tumpuan para pelabur.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga BTC dilihat sedang dalam keadaan bullish dan berjaya menembusi paras rintangan $50,000 yang mungkin merupakan penentu untuk BTC melonjak lebih tinggi.

Penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga kekal dengan momentum bullish, zon resistance sekitar $51,000 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Lonjakan yang agresif kemungkinan bakal berlaku jika BTC berjaya menembusi ruangan zon resistance tersebut dan bakal menuju ke paras rintangan $55,000 dan seterusnya.

Namun jika pergerakan harga kekal dengan corak penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $47,000-$48,000 sebelum membuat penurunan ke paras lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Ketika penulisan, BTC/USDT didagangkan pada harga sekitar $50,200 melonjak lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat