Bursa Malaysia Bergerak Ketat, Sentimen Pasaran Serantau Kekal Berhati-Hati

281

Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi tadi dengan lebih rendah berikutan sentimen berjaga-jaga dalam pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.44 mata kepada 1,540.31 daripada 1,543.75 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras yang dibuka 6.8 mata lebih lemah pada 1,536.95 dan kini bergerak antara 1,533.8 hingga 1,539 sepanjang sesi.

Suasana pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 481 berbalas 340. Manakala, 399 kaunter tidak berubah, 1,103 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah berjumlah 2.29 bilion unit yang bernilai RM1.16 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen tempatan pada Jumaat mungkin terjejas disebabkan oleh prestasi Wall Street semalam. Beliau menjangkakan indeks itu berlegar-legar sekitar 1,540 hingga 1,550.

Katanya lagi, Wall Street ditutup lebih lemah sebagai realiti bahawa harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) naik lebih panas daripada jangkaan. Sekali gus, ini menolak hasil 10 tahun AS lebih tinggi kepada 4.292 peratus.

Oleh itu, DJI Average hilang 138 mata dan Nasdaq pula susut 49 mata.

Sementara itu, saham wajaran tinggi seperti Maybank Bhd, Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd naik dua sen setiap satu kepada RM9.67, RM4.25 dan RM6.89. CIMB Group Holdings Bhd naik 14 sen kepada RM6.58 serta Tenaga Nasional Bhd susut lapan sen kepada RM11.48.

Bagi kaunter aktif, Hong Seng Consolidated Bhd dan TWL Holdings Bhd tidak berubah dengan masing-masing kepada 1.5 sen dan 3.5 sen. Eversendai Corp Bhd naik setengah sen kepada 33.5 sen dan Econpile Holdings Bhd naik 1.5 sen kepada 45 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 11.9 mata lebih lemah kepada 11,466.95, Indeks FBMT 100 menyusut 10.58 mata kepada 11,131.05, Indeks FBM Emas Shariah susut 44.79 mata kepada 11,491.71 dan Indeks FBM ACE jatuh 31.79 mata kepada 4,695.79 sementara Indeks FBM 70 meningkat 43.76 mata kepada 15,626.89.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat