Gara-Gara US Dolar Kukuh, AUD/USD Sudah ‘Terpeleot’ Jatuh Bawah $0.6600

315

Dolar Australia tergolong bersama kumpulan mata wang lain yang turut alami kejatuhan nilai dalam pasaran ketika US dolar kembali memberi tekanan dengan pengukuhan ketara di sesi New York semalam.

Selain beberapa data yang diterbitkan, indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) tampil dengan angka yang tinggi untuk bulan Februari mengatasi ramalan dan juga menunjukkan peningkatan terbesar sejak Ogos tahun lalu.

Bacaan yang seiring dengan inflasi pengguna tempoh hari yang turut meningkat telah mencetuskan pengukuhan lebih ketara terhadap US dolar.

Justeru, dapat diperhatikan pergerakan menurun harga jelas berlaku pada carta pasangan mata wang AUD/USD.

Pada dagangan awal minggu, paras 0.65000 dilihat berjaya menjadi sokongan buat harga setelah beberapa kali diuji.

Namun terjunan harga ketara semalam telah menyaksikan paras tersebut ditembusi sehingga harga mencecah paras sekitar 0.65700.

Menjadi isyarat bearish apabila harga bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Penurunan diteruskan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) ke paras 0.65600 sebelum harga mula perlahan menyambung dagangan di pembukaan sesi Eropah.

Jangkaan penurunan bakal diteruskan untuk menguji zon tumpuan pada 0.65400 dan sekiranya tembus lebih rendah, paras 0.65000 dilihat sebagai sasaran berikutnya untuk diuji.

Namun jika berlaku lonjakan semula, harga bakal hampiri semula paras 0.66000 untuk menguji zon penting itu setelah penurunan semalam menembusinya.

Melepasi ke paras lebih tinggi dari zon itu akan menjadi isyarat perubahan trend bullish semula buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat