Isyarat Bearish! GBP/USD Gagal Bertahan Di Atas $1.2800

312

Corak bearish harga telah dipamerkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD dengan lebih jelas di sesi New York semalam selepas pasaran memberi reaksi terhadap data yang diterbitkan.

Beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) termasuk inflasi pengeluar (PPI), menunjukkan bacaan yang memberangsangkan.

Situasi yang meningkatkan kecenderungan untuk Federal Reserve (Fed) menangguhkan pemotongan kadar faedah telah memberi sokongan pengukuhan terhadap US dolar.

Justeru, mata wang Pound tidak terkecuali untuk terima tempias tekanan itu menyaksikan kejatuhan pada carta harga.

Pada mulanya, harga menunjukkan kenaikan perlahan di sesi Eropah semalam ke paras 1.28200 sebelum di sesi berikutnya, harga menjunam sekitar 90 pips mencecah paras 1.27300.

Pergerakan harga yang berada semula di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta menunjukkan isyarat bearish.

Harga bergerak mendatar pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) namun penurunan lebih rendah dijangka bakal diteruskan pada sesi-sesi berikutnya.

Penurunan yang bakal dilanjutkan dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) 1.27000 yang semakin hampir.

Tembus lebih rendah akan mengalihkan sasaran harga ke paras tumpuan berikutnya yang berada pada 1.26000.

Namun, perubahan arah harga boleh berlaku dengan ketidaktentuan pada dagangan di penghujung minggu.

Sekiranya harga kembali melonjak buat kenaikan semula, rintangan terhampir bakal diuji dilihat pada zon 1.28000.

Jika diteruskan lebih tinggi, harga akan kembali mendaki semula menuju ke paras sasaran 1.29000 untuk menguji rintangan penting tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat