Presiden AS Joe Biden Makin ‘Letih’ Dengan Netanyahu!

842

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu apabila beliau menyedari bahawa perang Gaza lebih merugikan daripada membantu negara itu.

Kenyataan itu dibuat berikutan ketidaksabaran Biden terhadap tindakan Israel yang kejam dengan sewenang-wenangnya mengebom penduduk Gaza tanpa menghiraukan gesaan masyarakat seluruh dunia.

Akibat krisis kemanusiaan Gaza yang semakin meruncing dan kumpulan pembangkang Biden semakin menekan. Beliau membuat kenyataan bercanggah mengenai soal ‘garis merah’ atau had batas berhubung ancaman Israel untuk menyerang Rafah di selatan Gaza.

Katanya lagi, Netanyahu mempunyai hak untuk mempertahan Israel dan menyerang Hamas tetapi dia harus lebih memberi perhatian kepada nyawa yang tidak bersalah atas tindakan yang diambilnya.

Beliau berpendapat bahawa tindakannya itu akan lebih memburukkan Israel daripada membantu negara tersebut.

Pencerobohan Israel ke atas Rafah yang menjadi tempat perlindungan kira-kira 1.5 juta telah mencetuskan perasaan tidak berbelah bahagi dalam diri Biden. Namun begitu, beliau tetap mempertahankan Israel kerana negara itu penting buat Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat bakal memotong semua senjata Israel supaya mereka tidak lagi mempunyai Iron Dome bagi melindungi serangan luar.

Dalam ucapan di Dewan Perwakilan pada Khamis, Biden menyatakan beliau memberitahu Netanyahu bahawa mereka perlu mengadakan pertemuan untuk kembali kepada haluan sebenar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat