Bursa Malaysia Bergerak Lemah Seiring Pasaran Serantau

211

Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Rabu dengan penurunan disebabkan mengambil petunjuk semalaman di Wall Street selepas data inflasi yang baik di AS menjejaskan harapan penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada Mei.

Tepat jam 12.30 tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.89 mata kepada 1,525.48 berbanding 1,531.37 pada Selasa.

Indeks barometer pula dibuka 3.58 mata lebih rendah pada 1,527.79 dan bergerak antara 1,521.79 hingga 1,530.95 sepanjang sesi tadi.

Sentimen pasaran secara keseluruhan adalah negatif di mana kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 474 berbalas 266. Manakala, sebanyak 377 kaunter tidak berubah, 1,183 kaunter tidak diniagakan dan 10 lagi digantung.

Dalam rujukan Public Investment Bank Bhd, indeks utama menunjukkan kenaikan 19.09 mata untuk ditutup pada 1,531.37 pada semalam dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi pada 654 berbanding 297.

Katanya lagi, FBM KLCI dijangka meningkat ke arah tahap rintangan seterusnya 1,551 dalam tempoh terdekat sekiranya terdapat penembusan kenaikan harga sebenar melebihi paras 1,515.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank Bhd turun tiga sen kepada RM9.41, Public Bank Bhd susut dua sen kepada RM4.38, Tenaga Nasional Bhd susut lapan sen kepada RM11, Petronas Chemicals Group Bhd turun tujuh sen kepada RM6.77 dan CIMB Group Holdings Bhd menambah satu sen kepada RM6.35.

Bagi saham aktif, YTL Power Bhd susut enam sen kepada RM3.92, Ekovest Bhd susut setengah sen kepada 54 sen, Dagang Nexchange Bhd naik 1.5 sen kepada 35 sen dan YNH Property Bhd susut 1.5 sen kepada 66 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 33.16 mata kepada 11,340.85, Indeks FBMT 100 susut 32.71 mata kepada 10,997.08, Indeks FBM 70 susut 5.63 mata kepada 15,328.68, Indeks FBM Emas Shariah turun 43.87 mata kepada 11,368.77 dan FBM ACE susut 25.43 mata kepada 4,808.09.

Dari segi sektor, Indeks Hartanah susut 2.25 mata kepada 925.31, Indeks Perladangan jatuh 56.27 mata kepada 7,220.36, dan Indeks Tenaga turun 2.44 mata kepada 888.96.

Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 18.1 mata kepada 17,130.15, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.62 mata kepada 174.14.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat