Bursa Malaysia Menyusut Ekoran Pelabur Asing Ambil Keuntungan

306

Dana asing dijangka terus mengumpul ekuiti tempatan hari ini untuk terus menyokong Bursa Malaysia bagi menyambung kenaikannya pada Jumaat lepas.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata pelabur lebih tertarik dengan penilaian rendah kedua-dua saham dan mata wang di rantau Asia Tenggara.

Walau bagaimanapun, pergerakan harga dijangka akan berlaku perubahan dalam tempoh terdekat dan beliau meminta para pelabur untuk berhati-hati.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka pada 1,538.72 mata pagi tadi iaitu naik sedikit daripada penutup semalam.

Namun, sepanjang sesi tadi ia berubah ke arah penyusutan sedikit pada 1,538.19 selepas beberapa minit selepas pembukaan.

Sentimen pasaran adalah setara di mana kaunter untung sebanyak 133 berbanding 135 kaunter rugi. 247 lagi kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan sembilan lagi digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 200.72 juta unit yang bernilai RM58.08 juta.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi Sime Darby kekal dalam aliran menaik lima sen kepada RM2.56 dan YTL Power meningkat dua sen kepada RM3.82.

Maybank kekal pada RM9.46 serta Public Bank dan CIMB turun dua sen setiap satu kepada RM4.41 dan RM6.38.

Bagi saham aktif, Hong Seng menambah setengah sen kepada 2.5 sen, manakala Minetech, Bina Puri, Velesto dan Destini masing-masing susut setengah sen kepada 16.5 sen, 7.5 sen, 26 sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 3.37 mata kepada 11,424.02, Indeks FBMT 100 meningkat 3.30 mata kepada 11,071.67 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 16.40 mata kepada 11,494.38.

Indeks FBM 70 adalah 30.63 mata lebih baik pada 15,362.68 manakala Indeks FBM ACE susut setengah mata kepada 4,864.80.

Dari segi sektor, indeks perkhidmatan kewangan susut 26.61 mata kepada 17,225.05, indeks perladangan menambah 15.28 mata kepada 7,314.02, manakala indeks tenaga 5.16 mata lebih tinggi kepada 901.22 dan indeks produk dan perkhidmatan perindustrian menokok 0.02 daripada 17.6 mata kepada 3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat