Bursa Malaysia Susut, Sentimen Negatif Dalam Aliran Pasaran Serantau

223

Bursa Malaysia merosot kemerah-merahan pada tengah hari Jumaat seiring dengan prestasi menurun di peringkat serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI menyusut 1.87 mata kepada 1,539.54 daripada penutupan Khamis pada 1,541.41 yang berpunca daripada kaunter sektor perladangan.

Indeks penanda aras yang dibuka 0.15 mata lebih baik pada 1,541.56 dan kini bergerak antara 1,538.58 hingga 1,543.84 sepanjang sesi pagi tadi.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 496 berbanding 460. Manakala, 463 kaunter tidak berubah, 916 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 2.59 bilion unit yang bernilai RM1.30 bilion.

Sementara itu, minyak sawit mentah didagangkan secara mengurung dalam julat RM4,200 hingga RM4,300 per tan.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, mereka menjangkakan pemangkin tempatan iaitu rel berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional memberi tarikan bagi sektor pembinaan, hartanah dan tenaga boleh diperbaharui.

Sementara itu, saham wajaran tinggi CIMB Group Holdings Bhd turun satu sen kepada RM6.54, Tenaga Nasional Bhd turun empat sen kepada RM11.50 dan Petronas Chemicals Group Bhd susut tiga sen kepada RM6.84. Malayan Banking Bhd (Maybank) tidak berubah pada RM9.55 serta Public Bank Bhd menokok dua sen kepada RM4.24.

Antara saham aktif, syarikat pertama Pasaran ACE Alpha IVF Group Bhd pada 32 sen dan Borneo Oil Bhd pada setengah sen kedua-duanya tidak berubah. Pan Malaysia Holdings Bhd menokok dua sen kepada 21 sen, Fitters Diversified Bhd menokok setengah sen kepada enam sen dan Sarawak Cable Bhd menokok lima sen kepada 21 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 1.65 mata kepada 11,534.84, Indeks FBMT 100 mengendur 2.08 mata kepada 11,183.82 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 5.65 mata kepada 11,626.65.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat