Analisis GOLD – Harga ‘Reverse’ Turun Dari Rekod Tertinggi

1,471

Selepas memecahkan rekod harga ke paras tertinggi terbaru sepanjang masa lagi semalam, emas kembali alami penyusutan nilainya semula.

Paras tertinggi dicapai adalah sekitar paras $2,222 sebelum harga mula berundur turun semula sehingga hari ini (Jumaat).

Lonjakan harga ke paras tertinggi tercetus ketika reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC di awal pagi Khamis semalam yang telah mendorong penyusutan mata wang US dolar.

Namun momentum gagal dikekalkan apabila sentimen pasaran bertukar berisiko bermula di sesi Eropah semalam susulan Swiss National Bank (SNB) bertindak melakukan pemotongan kadar faedah lebih awal.

Peningkatan semula US dolar telah memberi tekanan kepada emas sehingga harganya kembali berundur dari paras tertinggi yang berjaya dicapai.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga kembali susut di bawah paras 2200.00 semula dan penurunan semalam mencecah sekitar 2167.00.

Harga terus ditekan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang mencadangkan pergerakan bearish buat emas.

Jika penurunan lebih rendah diteruskan pada sesi-sesi akhir untuk minggu ini, jangkaan zon sekitar 2145.00 akan menjadi tumpuan untuk diuji harga.

Jatuh di bawah paras itu akan menjadi petanda kepada pelabur bahawa trend penurunan harga emas akan bermula.

Sebaliknya pelabur akan menjangkakan harga emas untuk melantun semula pada bila-bila masa jika US dolar kembali melemah dalam pasaran.

Paras 2200.00 akan dilepasi kembali dan harga berpotensi untuk terus memburu rekod tertinggi yang baru lagi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat