Cemerlang Dagangan Awal Minggu, GBP/USD Melonjak 120 Pips!

382

Memberi isyarat untuk perubahan trend, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam telah mencatatkan lonjakan harian sekitar 120 pips untuk bangkit semula selepas penurunan dipamerkan minggu lalu.

Mata wang Pound dilihat masih berisiko di samping data ekonomi bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan UK yang diterbitkan semalam agak bercampur.

Namun, harga berjaya melonjak disebabkan oleh faktor penyusutan semula US dolar di awal minggu dengan kebimbangan terhadap penularan Covid-19 varian Delta telah memperlahankan gesaan ahli Federal Reserve (Fed) untuk pelaksanaan langkah pengurangan pembelian bon (tapering).

Situasi tersebut telah mendorong lonjakan semula harga pada carta GBP/USD dari zon support 1.36000 sehingga melepasi rintangan 1.37000.

Dijangka zon 1.37000 akan menyokong pergerakan harga pada hari ini, kenaikan lebih tinggi harga bakal menguji zon SBR (support become resistance) 1.38000 setelah harga menjunam di bawah zon tersebut minggu lalu.

Kenaikan seterusnya akan mensasarkan paras sekitar 1.39000 untuk menjadi tarikan harga pada pergerakan trend bullish.

Sebaliknya jika harga kembali jatuh semula di bawah zon 1.37000, penurunan harga berkemungkinan sekali lagi menguji zon support 1.36000 seperti situasi minggu lalu.

Dan jika harga menjunam lebih rendah untuk menyambung trend bearish sebelum ini, paras sekitar 1.35000 sebagai paras support terbaru yang bakal diuji.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat