Dagangan Minyak Mentah Merosot, OPEC Beri Isyarat Akan Kekalkan Tahap Pengeluaran Semasa

476

Harga minyak mentah diniagakan menyusut pada dagangan sesi Asia sementara pasaran menantikan keputusan mesyuarat persidangan OPEC dan OPEC+ yang dijadualkan akan berlangsung pada 5-6 Disember.

Keyakinan yang semakin memudar terhadap ketidakpastian keputusan anggota OPEC untuk melanjutkan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak mentah menyebabkan dagangan komoditi minyak mentah merosot.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 0.27% kepada $63.10 setong manakala minyak mentah WTI Amerika Syarikat berkurang 0.05% kepada $58.08 setong.

OPEC dan sekutunya dilihat terus memberikan isyarat bahawa mereka akan kekal dengan pemotongan pengeluaran yang sedia ada pada mesyuarat pada minggu hadapan.

Hal ini kerana, sebuah jawatankuasa penasihat utama di Vienna telah menyarankan bahawa pasaran minyak akan tetap seimbang pada tahun 2020 jika ahli OPEC+ mengekalkan tahap pengeluaran semasa.

Sementara itu di Moscow, eksekutif daripada firma minyak yang bertemu dengan Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak juga dilaporkan tidak memberi petunjuk bahawa mereka mahu mengubah perjanjian tersebut.

OPEC dan sekutunya termasuk Russia dan Kazakhstan yang lebih dikenali sebagai OPEC+ dilihat menghadapi pilihan yang sukar dalam membuat keputusan, apabila pasaran minyak terus menerima tekanan daripada pelbagai arah seperti perang dagang AS dan China, risiko politik serta ketidakpastian terhadap kesihatan ekonomi global.

Di sisi lain, dagangan emas diniagakan tinggi pada sesi Asia memandangkan pasaran kekal berwaspada dengan perkembangan dalam hubungan AS dan China selepas Presiden AS Donald Trump menandatangani dua rang undang-undang yang telah mencetuskan kemarahan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat