‘Dapur Neraka’ Gordon Ramsay Kini Muncul Di The Sandbox

248

Gordon Ramsay, chef tersohor dan terkenal dengan ‘mulut puaka’ yang juga personaliti televisyen baru sahaja mengumumkan bahawa Hell’s Kitchen bakal tersedia dalam metaverse, membawa pengalaman Hell’s Kitchen yang penuh dengan ejekan dan kritikan masakan ke dalam dunia The Sandbox.

Bagi mereka yang belum tahu, Hell’s Kitchen merupakan satu siri program realiti pertandingan masakan di Amerika yang dihoskan oleh Gordon Ramsay. Apa yang menarik tumpuan penonton dalam rancangan ini adalah adegan kritikan dan komen-komen pedas juri terhadap peserta pertandingan yang menjadikannya lebih dramatik dan beremosi.

The Sandbox akan membawa dapur terkenal dunia itu melalui perkongsian menarik bersama ITV Studios, yang juga akan membekalkan pengalaman memasak lengkap ke dalam metaverse yang sedang berkembang.

Peminat rancangan popular tersebut juga akan dapat menghidupkan semula adegan-adegan kegemarannya di dalam alam maya.

Dalam pada itu, tempat baharu yang luar biasa tersebut akan menjadi kebanggaan di LAND ITV The Sandbox, termasuklah rekaan ciri serta elemen interaktif oleh Gordon Ramsay sendiri.

Pemain juga boleh menghasilkan hidangan, mengumpul pelbagai jenis resepi termasuklah bersaing dalam cabaran berasaskan gastronomi yang semuanya dalam lingkungan kulinarinya serta memperoleh avatar chef selebriti sendiri.

Oleh itu, pembinaan arena besar membolehkan peminat memenangi hadiah Hell’s Kitchen serta dapat menaik taraf jawatan ‘Ketua Chef’ yang digemari oleh ramai orang.

Menurut Gordon Ramsay, tiada apa yang lebih menarik melainkan membina wilayah baru, sama ada mencipta hidangan signature, mereka konsep restoran, rancangan baharu atau pengalaman maya dalam The Sandbox.

Tambahnya lagi, Gordon Ramsay terpesona dengan The Sandbox dan tawarannya dalam metaverse serta tidak dapat memikirkan platform yang lebih baik untuk membawa restoran dan jenama Hell’s Kitchen menjadi lebih besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat