Data ADP-NFP Catat Bacaan Positif, Adakah Ia Petanda NFP Pada Jumaat Juga Positif?

823

Jumlah pekerjaan di Amerika Syarikat meningkat sehingga 235,000 pada bulan lalu jauh melebihi jangkaan pasaran sebanyak 199,000. Tidak banyak reaksi matawang US dolar selepas data ini dikeluarkan pada pukul 9.15 malam tadi dengan pasaran masih terkesan disebabkan oleh perletakan jawatan penasihat ekonomi White House Gary Cohn.

Data pekerjaan ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing), manakala data NFP pula dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. sendiri.

Hubungan antara data ADP-NFP dan data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat agak lemah sejak beberapa bulan lalu. Ini menunjukkan pasaran tidak boleh bergantung 100% kepada ADP-NFP untuk melihat data NFP pada Jumaat.

Walaupun begitu, data hari ini menunjukkan prestasi yang begitu kukuh di Amerika Syarikat yang akan menambah keyakinan dalam pasaran buruh Amerika Syarikat.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah, adakah pengukuhan dalam data pekerjaan akan diterjemahkan kepada tekanan ke atas (upward pressure) harga domestik.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 9 Mac ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan lalu akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data ‘average hourly earnings’ juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk trend kenaikan kadar gaji.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat