Data Pekerjaan Yang Mengecewakan Membenam Matawang Aussie!

48

Aussie kembali menjunam pada Khamis selepas data pekerjaan yang mengecewakan. Kini tumpuan pasaran beralih kepada debat ketiga antara calon utama presiden AS.

Dalam sesi ini, AUD dan GBP didagangkan menurun berbanding matawang gergasi. Sementara itu, pair USD/JPY pula dinilai meningkat. debat ketiga itu merupakan siri terakhir yang akan melihatkan pandangan mengenai dasar kewangan dari kedua-dua calon.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Di Australia, sektor pekerjaan menyaksikan junaman sebanyak 9,800 pekerjaan yang sekali gus mencatat penurunan kedua berturut-turut. Pun begitu, data pengangguran kekal stabil pada 5.6%.

NAB juga melaporkan bahawa kajian suku tahunan bagi keyakinan perniagaan meningkat dari sebelum ini. Data ini juga memberi petunjuk bahawa ekonomi bukan perlombongan yang semakin memulih.

US Dollar Index yang didagang melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 97.97.

Semalam, US Dollar kekal stabil berbanding matawang utama yang lain pada Rabu berikutan data yang bercampur-campur.

Jabatan perdangang AS melaporkan bahawa angka perumahan merosot pada bulan September berbanding bulan sebelumnya.

“Saya Tidak Akan Menyerah Kalah” : Menteri Kewangan UK

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat