DigiByte (DGB) Punyai Kontrak Pintar Yang Lebih Canggih!

310

DigiByte sebuah platform blockchain yang bersifat open-source dan asset creation yang dibangunkan pada Oktober 2013, manakala blok genesis token DGB dilombong pada Januari 2014 sebagai fork Bitcoin (BTC).

Dicipta oleh Jared Tate yang juga dikenali sebagai DigiMan.

DigiByte menggunakan lima algoritma yang berbeza untuk meningkatkan keselamatan, dan pada asalnya bertujuan untuk memperbaiki taraf keselamatan pada blockchain Bitcoin, kapasiti dan kelajuan transaksi.

Lebih menarik lagi, DigiByte terdiri daripada tiga lapisan iaitu kontrak pintar “App Store”, lejar awam dan core protocol yang memaparkan nod pada transaksi untuk berkomunikasi.

Melihat kepada carta DGB/USDT, pergerakan harga DGB dilihat telah menyaksikan lonjakan lebih 700% dalam tempoh 4 bulan bermula dari Januari hingga April 2021 dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $0.18 pada 1 Mei yang lalu.

Namun lonjakan itu tidak dapat dikekalkan apabila harga DGB kembali menyusut sehingga ke paras zon SBR (support become resistance) sekitar $0.07 seiring dengan kejatuhan Bitcoin (BTC).

Setelah itu, pergerakan harga membuat penyusutan secara berterusan sehingga ke paras sokongan sekitar $0.04-$0.05 pada pembukaan pasaran Bulan Jun dan selanjutnya.

Jangkaan seterusnya jika harga DGB tidak mendapat sokongan daripada sentimen positif, harga DGB dijangka bakal membuat penurunan yang lebih rendah dan mungkin bakal melepasi paras terendah sekitar $0.033.

Paras tersebut terlalu berisiko untuk DGB samada mempamerkan corak rebound atau meneruskan penurunan ke zon terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Akan tetapi, jika harga DGB kembali membuat kenaikan semula, zon SBR (support become resistance) sekitar harga $0.07 bakal menjadi tumpuan utama para pelabur untuk diuji semula sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta matawang kripto DGB/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat