Disangka Ingin Turun, EUR/USD Sebaliknya Melonjak Lebih 100 Pips!

749

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam melonjak sehingga ke paras tertinggi sejak Januari 2019.

Euro mengukuh selepas laporan para pemimpin Eropah telah mencapai kesepakatan dalam rundingan pelaksanaan rangsangan ekonomi yang bernilai €750 bilion semalam. Susulan keputusan tersebut, matawang Euro tidak terus melonjak sebaliknya menunjukkan penurunan.

Penurunan harga walau bagaimanapun dilihat gagal untuk menembusi paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD.

Namun setelah memasuki dagangan pada sesi Eropah, barulah harga mula menunjukkan pergerakan lebih aktif.

Harga melonjak 110 pips ke paras ketinggian terbaru mencecah 1.15400 setelah melepasi ketinggian pada rintangan harga yang dicapai pada dagangan Mac lalu iaitu pada 1.14900.

Ini turut didorong oleh penyusutan ketara US dolar susulan sentimen risk-on pasaran berikutan laporan positif berkenaan vaksin Covid-19 yang berlegar dalam pasaran sejak semalam.

Pergerakan harga pada sesi Asia hari ini kembali perlahan dan memasuki awal dagangan sesi Eropah melihatkan penurunan harga semula.

Dengan momentum kenaikan harga, pelabur pastinya menjangkakan harga untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi mencatatkan paras ketinggian terbaru tahun ini.

Paras tumpuan dilihat pada ketinggian 1.16000 yang menjadi paras selepas harga berjaya mengatasi ketinggian harga pada Januari 2019.

Namun jika sentimen kembali berubah dan harga mula membuat penurunan lebih rendah, paras 1.15000 serta sokongan dinamik MA50 akan diuji sebelum mengesahkan trend bearish harga.

Zon RBS (resistance become support) sekitar 1.14000 sehingga 1.13700 akan menjadi destinasi penurunan yang seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat