ECB Umum Pakej Rangsangan 750 Bilion, EUR/USD Melonjak Semula 180 Pips

574

Matawang Euro kembali pamerkan kenaikan pada sesi New York semalam selepas bergerak lemah pada sesi-sesi sebelumnya.

Ini adalah disebabkan tindakan European Central Bank (ECB) yang mengumumkan pakej rangsangan untuk pembelian bon yang bernilai 750 bilion euro dalam mesyuarat kecemasan yang terbaru.

Pakej rangsangan besar-besaran ini sedikit sebanyak telah kembali meredakan kebimbangan pelabur dan menyokong kenaikan pada dagangan nilai matawang Euro.

Namun kaedah pelonggaran polisi oleh bank pusat ini bakal memberi kesan yang lemah terhadap matawang Euro selepas ini.

Sementara US dolar juga kini dilihat sebagai matawang yang semakin meningkat nilai dan mendapat permintaan dalam suasana darurat selepas keyakinan pelabur kembali meningkat dengan suntikan dana dan pakej rangsangan yang dilihat akan menyokong semula ekonomi Amerika Syarikat.

Jika dilihat pada pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD semalam, harga telah membuat penurunan sekitar 240 pips mencecah paras 1.08000.

Namun harga kembali melonjak semula sekitar 180 pips membuat kenaikan bersambung pada awal sesi Asia pagi ini menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.09700.

Gagal melepasi zon SBR tersebut dan masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, penurunan dipamerkan semula pada sesi Asia menuju paras 1.08800.

Harga kemudian bergerak perlahan dan menujukkan corak kenaikan yang lemah bersambung pembukaan pasaran sesi Eropah.

Jika dagangan Euro terus melemah, harga bakal kembali membuat penurunan menuju paras terendah harian semalam pada 1.0800 untuk harga menguji zon support dagangan Februari tersebut.

Sebaliknya jika kenaikan yang dibuat berjaya melepasi halangan dinamik MA50 dan juga zon SBR 1.09700, kenaikan seterusnya akan menuju pula zon SBR lebih tinggi pada 1.10400.

Lihat juga paras-paras penting seperti pada 1.11000 dan juga zon SBR 1.12000 untuk siri kenaikan harga yang diteruskan lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat