Eh, Main Jongkang-Jongket Pula Si Bursa Awal Pagi Ini

144

Bursa Malaysia dibuka pada nota negatif sebelum membuat lantunan kecil seiring prestasi di pasaran serantau.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan dijangka mengalami turun-naik tidak menentu berdasarkan trend bearish pada Wall Street.

Ekoran itu firma meramalkan sektor tenaga dan perladangan akan mengalami penjualan dengan harga komoditi menurun tatkala penyusutan nilai ringgit boleh dimanfaatkan kepada syarikat berorientasikan eskport dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) naik 682 mata pada 1,419.86 daripada penutupan Isnin pada 1,413.86 dengan pembukaan lemah 0.18 mata pada 1,412.86.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 240 atasi kerugian pada 144, manakala 241 kaunter pula tidak berubah, 1,772 tidak didagangkan dan 20 digantung.

Jumlah perolehan pada 336.26 juta unit bernilai RM179.32 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank tambah 1 sen pada RM8.60 sementara Public Bank Bhd, CIMB Group Holdings Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd naik 2 sen pada RM4.30, RM5.32 dan RM8.34 manakala IHH Healthcare Bhd lonjak 4 sen pada RM5.99 dan Hong Leong Bank Bhd capai 2 sen pada RM20.60.

Saham aktif memperlihatkan PT Resources Holdings Bhd naik 1.5 sen pada 37.5 sen, Cnergenz Bhd lonjak 7 sen pada RM1.09, Top Glove Corp Bhd capai 1 sen pada 64.5 sen, Harvest Miracle Capital Bhd susut 1 sen pada 13.5 sen dan Velesto Energy Bhd turun 0.5 sen pada 11.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas Index raih 39.34 mata pada 10,133.04, FBM 70 maju 24.32 mata pada 12,294.59, FBMT 100 Index capai 40.79 mata pada 9,880.25, FBM Emas Shariah lonjak 51.75 mata pada 10,203.71 sementara FBM ACE tambah 11.45 mata pada 4,672.57.

Segi sektor, indeks Tenaga naik 1.69 mata pada 684.04, indeks Perladangan tambah 52.76 mata pada 6,654.93, indeks Perkhidmatan Kewangan lonjak 23.33 mata pada 16,112.52 dan indeks Produk dan Perkhidmatan kembang 0.77 mata pada  170.67.

Sementara itu, ringgit terus menyusut pada 4.6045/6085 berbanding dolar daripada penutupan 4.6030/6045 semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat