EIP-1599 Bersiaran Di Polygon! Harga MATIC Okey Ke Tak Tu?

416

Polygon telah menerima naik taraf terbesar melalui kehadiran EIP-1599 semalam.

Difahamkan dengan kehadiran EIP-1599 pada blok 23,850,000, Polygon kini telah bergabung dengan hard fork London.

Melalui pengenalan naik taraf ini juga bermakna mereka akan menggantikan mekanisme pengiraan kos gas yang baharu untuk memudahkan pengguna mengira kos transaksi ketika pembakaran token MATIC, termasuk menawarkan kos yang lebih jelas untuk penggunanya.

Lebih ringkas, kehadiran EIP-1599 di Polygon bermakna akan berlaku pembakaran MATIC bagi setiap transaksi yang dijalankan.

Dijangka harga MATIC akan melonjak tinggi susulan daripada kehadiran mekanisme ini.

Bagaimanapun, MATIC tidak menunjukkan pergerakan harga yang baik kecuali meningkat hampir 2% kepada $2.2 beberapa jam selepas pelancaran EIP-1599.

Ketika penulisan, MATIC susut hampir 6% dari $2.2 kepada $2.09 tetapi susut lebih 5% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat