El-Salvador Hadir Dengan Agenda Baru “Pinjaman Dalam Bitcoin”!

914

Bitcoin semakin mendapat tempat dalam ekonomi El Salvador. Negara Amerika Tengah itu kini sedang mempertimbangkan untuk menyediakan pinjaman bersandarkan Bitcoin dengan faedah yang rendah kepada syarikat perniagaan kecil dan mikro sebagai salah satu langkah seterusnya dalam mempromosikan agenda Bitcoin. Skim ini akan memenuhi keperluan pemilik perniagaan kecil untuk mendapatkan pembiayaan yang berpatutan untuk perusahaan mereka.

Dalam perbualan di Facebook Live Audio yang diadakan baru-baru ini bertajuk “Pinjaman Bitcoin dengan kadar faedah yang lebih rendah,” Monica Taher, penasihat bagi kerajaan El Salvador, menyatakan bahawa perkara seterusnya dalam agenda Bitcoin El Salvador ialah menggunakan aset kripto itu sebagai penanda aras untuk menyediakan pinjaman dengan faedah yang rendah kepada perniagaan kecil dan mikro.

Walaubagaimanapun butiran bagaimana skim itu akan berfungsi tidak didedahkan, namun bagaimana langkah itu berfungsi telah dijelaskan secara mendalam.

Berdasarkan Paul Steiner, presiden Institut Nasional El Salvador untuk Perniagaan Kecil dan Mikro (CONAMYPL), terdapat keperluan mendesak untuk pinjaman dengan faedah yang rendah di negara ini. Beliau menyatakan bahawa majoriti operasi perniagaan negara adalah kecil dan berskala mikro, dan mereka telah dibelenggu oleh pinjaman dengan kadar faedah yang tidak adil.

Steiner berkata,”El Salvador mempunyai kira-kira 1.2 juta perniagaan di negara ini, Kira-kira 66% adalah perniagaan mikro atau perniagaan “kecil”. Lebih 90% perniagaan mikro dibiayai sendiri melalui pinjaman tidak rasmi atau pemberi pinjaman.”

Presiden El Salvador Nayib Bukele, yang telah meramalkan bahawa sekurang-kurangnya dua lagi negara akan menerima pakai Bitcoin sebagai tender yang sah pada tahun ini. Beliau baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau akan bertemu dengan presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Turki telah menunjukkan minat untuk menggunakan Bitcoin bagi membantu negara mereka keluar daripada inflasi semasa yang besar.

Erdogan baru-baru ini mendedahkan bahawa rang undang-undang untuk mengawal selia aset kripto sedang di bahaskan di parlimen negara itu. Rang undang-undang itu berhasrat untuk merombak dasar kripto semasa negara dan membuka pintu kepada penggunaan Bitcoin.

Dalam pada itu, pengaruh Bukele telah dijadikan sebagai dalam rancangan Tonga untuk membenarkan Bitcoin digunakan sebagai tender yang sah. Bekas Ahli Parlimen Tonga, Lord Fusitu’a baru-baru ini mendakwa bahawa rang undang-undang Bitcoin kerajaan itu tidak lama lagi bakal diluluskan untuk menjadikan Bitcoin sebagai tender yang sah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat