El Salvador Kena Tekan Lagi, Agensi Fitch Turunkan Nilai Penarafan Ke ‘CCC’!

730

Salah satu agensi penarafan terbesar di A.S., Fitch Ratings, telah menurunkan nilai penarafan jangka panjang El Salvador dengan lebih lanjut berikutan risiko daripada menjadikan bitcoin sebagai tender sah sebagai sebab utama. “Penggunaan bitcoin sebagai tender sah telah menambah ketidakpastian tentang potensi program pembiayaan program bagi tahun 2022-2023”.

Taraf penilaian El-Salvador telah diturunkan kepada penarafan yang antara terburuk iaitu daripada “B-” kepada “CCC” baru-baru ini. Agensi Fitch penarafan kredit Amerika adalah salah satu daripada agensi penarafan kredit gergasi. Dua yang lan ialah Moody’s dan Standard & Poor’s (S&P).

Bagi Fitch, bon yang dinilai AAA, AA, A atau BBB dianggap gred pelaburan, manakala bon yang dinilai BB, B, CCC, CC, C atau D dianggap sebagai bon spekulatif atau gred tidak boleh pakai. Syarikat itu menjelaskan bahawa penarafan CCC bermaksud “Risiko kredit yang besar” dengan “Margin yang sangat rendah untuk keselamatan,” dan bahawa “Kegagalan adalah kemungkinan yang sangat tinggi.”

Pada pandangan Fitch, kelemahan institusi dan penumpuan kuasa dalam jawatan presiden telah meningkatkan ketidakpastian dasar, dan penggunaan bitcoin sebagai tender sah telah menambah ketidakpastian tentang ketersediaan IMF untuk menawarkan pembiayaan.

Pada bulan Julai alu, Moody’s Investors Service telah menurunkan taraf penilaian daripada B3 kepada Caa1. Menurut agensi itu, pandangan terhadap El-Salvador kekal negatif.

IMF baru-baru ini menggesa El Salvador untuk menggugurkan bitcoin sebagai tender yang sah. IMF juga mahu El Salvador menghapuskan penggunaan dananya yang digunakan untuk penukaran antara bitcoin dan dolar, dengan menyatakan kos menerima pakai bitcoin sebagai mata wang negara melebihi faedah. El Salvador, bagaimanapun, menolak gesaan IMF untuk menyisihkan bitcoin sebagai tender yang sah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat