Ethereum Berisiko? 15,500 ETH Pindah Ke Binance!

227

“Hmmm ETH tengah rancak naik pagi ni, takkan lepas ni nak turun balik dah.”

Melalui pelbagai liquidity pools, whales memindahkan 15,500 mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) bernilai $20 juta ke syarikat gergasi exchanger kripto Binance pada 11 Januari semalam.

Dilaporkan bahawa whales telah mengeluarkan seluruh dana tersebut daripada liquidity pools Convex, Lido, Curve serta Balance.

Menerusi pemerhatian, whales tersebut didapati memegang lebih 30,000 ETH pada September tahun lepas, tetapi bertindak menjual semua pegangannya semasa pasaran kripto menghadapi kejatuhan mendadak.

Rentetan itu, harga ETH dijangka menjunam drastik dalam tempoh terdekat ini apabila whales lain turut memindahkan lebih 20,000 aset digital tersebut ke Binance walaupun setakat ini pergerakannya masih menaik.

Menurut Michael van de Poppe, penganalisis kripto berpandangan pasaran kripto akan canak semula dalam tempoh 1 hingga 3 bulan akan datang dan ETH bakal junam dahulu di bawah zon harga $1,300, namun keputusan data CPI AS yang diterbitkan malamnanti mungkin akan menunjukkan pergerakan sebaliknya.

Sebagai rekod, ETH hanya mencatatkan lonjakan 0.5% berbanding BTC yang raih sebanyak 2% pada hari Rabu lepas, di mana pada tempoh ini juga tekanan jualan ETH masih kuat daripada BTC.

Setakat penulisan ini, harga ETH berlegar pada paras $1,401 dengan volum dagangannya susut sekitar 12% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat