Ethereum Terus Memacu Ke Paras Lebih $2,400!

1,744

Berbaki lagi empat jam sahaja lagi sebelum naik taraf Berlin terhadap rangkaian Ethereum dilancarkan seperti yang dijadualkan.

Menghampiri waktu naik tarafnya pada jam 6 petang ini, Ethereum (ETH) berjaya mencatat harga ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu iaitu $2,478 pada tengahari tadi.

Berikut adalah beberapa ciri terbaru yang diperkenalkan menerusi upgrade Berlin:

  • EIP-2565, mengurangkan kos kompilasi ModExp
  • EIP-2929, menaikkan beberapa kos gas
  • EIP-2718, memperkenalkan transaksi baru
  • EIP-2930, memasukkan satu jenis transaksi dengan senarai akses tertentu

Berdasarkan rekod daripada etherenodes.org, lebih 70% klien Ethereum sudah bersedia dengan naik taraf Berlin.

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $2,470, melonjak lebih 4% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat