EUR/JPY Gagal Lepasi Resistance 126.800, Kembali Turun Menguji Zon RBS 125.800

462

Matawang EURO pada minggu ini masih didagangkan lemah dan berisiko. Pelabur juga masih berpegang pada faktor fundamental yang dovish di mana sebelum ini risiko kegawatan ekonomi menjadi punca kebimbangan di zon Eropah membuatkan bank pusat perlu segera mencari jalan penyelesaian untuk mencegah risiko tersebut.

Seperti sedia maklum, European Central Bank (ECB) telah pun mengumumkan pelancaran kempen pinjaman jangka masa panjang pada September tahun ini. Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna meminjam dan kembali merancakkan semula aktivit pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah.

Data ekonomi yang dikeluarkan dari hari ke hari terus dipantau untuk mengukur kesihatan ekonomi semasa termasuk data PMI perkilangan pada sesi Eropah petang ini di Jerman dan Perancis.

Euro terus merosot berbanding dagangan safe-haven khususnya Yen dan dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/JPY di mana harga kembali ditekan tendah semula dari paras ketinggian yang dicapai pada Rabu lalu hampir menyentuh paras 126.800.

Dagangan pada EUR/JPY semalam menyaksikan harga kembali turun lebih rendah melepasi paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line dan menguji zon RBS (resistance become support) pada 125.800.

Kadar inflasi di Jepun kekal berada di paras yang rendah seperti sasaran bank pusat dan dijangka akan lebih menurun pada pertengahan tahun ini. Kadar inflasi pada bulan Februari mencatatkan bacaan 0.2% lebih rendah berbanding jangkaan 0.4% oleh pasaran.

Dagangan EUR/JPY hari ini melihatkan harga membuat kenaikan dari paras RBS 125.800 menuju ke paras Magic Pivot 126.116 hari ini.

Jika harga gagal membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan penurunan harga seterusnya akan menguji paras tumpuan pada 125.400 sebelum meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah lagi.

Namun, jika harga kembali melonjak semula, harga bakal menguji semula paras resistance semasa pada 126.800 sebelum ini dan jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, potensi kenaikan harga boleh mencecah ke paras resistance 127.471 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Paras tersebut juga merupakan paras ketinggian yang pernah dicapai pada dagangan awal bulan ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk menentukan destinasi yang menjadi tarikan harga.

Paras support: 125.629, 125.195, 124.708.

Paras resistance: 126.550, 127.037, 127.471.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat