EUR/JPY Panjat Ke Paras Tertinggi Terbaru Sejak Januari 2015!

168

Pergerakan harga pada carta pilihan pasangan mata wang EUR/JPY kekal cemerlang meneruskan kenaikan pada corak bullish bersambung pada dagangan minggu ini.

Mata wang Euro dilihat berjaya mengekalkan pengukuhannya ke atas Yen menjelang mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada minggu ini.

Namun, jika keputusan mesyuarat tidak memihak kepada Euro, berkemungkinan perubahan arah pergerakan harga boleh berlaku membuatkan pelabur berjaga-jaga.

Sementara Yen gagal dipacu oleh sentimen pasaran yang tidak menentu dengan tumpuan adalah terhadap faktor fundamental bank pusat yang terus mengekalkan dasar monetari yang longgar di Jepun.

Justeru, jika diperhatikan pergerakan harga pada carta EUR/JPY, selepas mendatar di zon 136.500 pada penghujung Mei lalu, harga mula paparkan prestasi memberangsangkan dengan memacu ke paras lebih tinggi sejak minggu lalu.

Bersambung pada dagangan minggu ini, kenaikan harga yang telah mencapai sekitar 142.00 dan telah merekodkan paras tertinggi untuk tempoh 7 tahun!

Peningkatan di awal minggu ini pada mulanya dilihat telah berjaya mengekalkan harga di atas zon 140.00 yang merupakan zon rintangan pada dagangan Jun 2015 lalu.

Trend harga kekal bullish dengan pergerakan harga terus disokong oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut.

Kenaikan harga jika diteruskan lebih tinggi dilihat bakal menuju sehingga ke paras ketinggian pada 145.00 untuk terus merekodkan paras tertinggi terbaru lagi.

Sebaliknya jika harga mula bergerak susut di bawah paras MA50, pelabur akan mula berwaspada untuk isyarat perubahan trend harga.

Jika corak kenaikan harga sudah berakhir, penurunan harga dilihat akan menguji zon tumpuan 140.00 yang berpotensi membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru buat harga.

Penurunan lebih rendah akan kembali menuju zon RBS sebelum ini pada sekitar 137.500-136.600.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat