EUR/USD Bakal Akhiri Dagangan Minggu Ini Di Paras Lebih Rendah?

933

Pelabur berwaspada terhadap dagangan matawang Euro pada Jumaat menantikan perkembangan persidangan ekonomi Eropah untuk membincangkan pelaksanaan dana pemulihan sebagai langkah berdepan krisis Covid-19.

Untuk sementara itu, Euro dilihat bergerak lemah sepanjang minggu ini terutama berbanding US dolar yang masih mendapat kelebihan dalam suasana pasaran berisiko sebagai matawang safe-haven.

Data tuntutan faedah pengangguran US yang diterbitkan pada sesi New York masih lagi tinggi sekitar 1.5 juta tidak jauh perbezaan berbanding bacaan minggu sebelumnya. Ini telah menamatkan penurunan pada angka tuntutan yang dipamerkan setiap minggu.

Harga pada carta EUR/USD semalam berjaya mengekalkan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut dan dijangka penurunan akan berterusan pada hari terakhir dagangan minggu ini.

Harga yang menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) di timeframe H1 pada sesi Eropah kemudiannya mula membuat penurunan sehingga bersambung pada sesi pasaran US selepas halangan tersebut gagal ditembusi.

Penurunan harga berjaya melepasi paras 1.12000 dan menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum menutup dagangan di paras sekitarnya.

Pergerakan harga mendatar pada sesi Asia hari ini dan masih berada di bawah paras halangan MA50 menunjukkan trend kekal bearish.

Penurunan harga berkemungkinan akan melepasi zon RBS 1.12000-1.11800 sebelum harga menuju paras tumpuan lebih rendah pada sekitar 1.11000.

Namun jika kenaikan harga berlaku, harga yang melepasi halangan MA50 bakal menuju paras sekitar 1.13000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju zon resistance pada 1.14000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat