EUR/USD ‘Berehat’ Sekejap Lepas Dah Terjun Tiruk

108

US dolar kekal didagangkan kukuh di paras tertinggi 3 bulan pada Rabu semalam, namun momentum lonjakan mula perlahan berbanding hari sebelumnya.

Keterangan Powell masih menjadi tumpuan semalam untuk pembentangan hari kedua di mana beliau masih menegaskan bahawa bank pusat komited untuk menurunkan kadar inflasi ke paras sasaran.

Powell juga menyatakan keputusan untuk mesyuarat Mac masih belum ditentukan lagi, tetapi pasaran dilihat sudah mengunci jangkaan kenaikan kadar faedah 50 mata asas bakal dilaksanakan.

Komponen-komponen data pekerjaan kini diberi tumpuan oleh pasaran yang turut akan diteliti oleh bank pusat dalam memberi petunjuk lebih jelas penetapan dasar monetari yang seterusnya.

Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan harga lebih mendatar pada Rabu semalam sedikit ‘berehat’ selepas penurunan ketara harga telah berlaku pada hari sebelumnya.

Berkemungkinan pelabur lebih mengambil sikap untuk menunggu dulu bagi terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat untuk menilai keputusan dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Sekiranya selari, US dolar bakal meneruskan pengukuhan dan menekan harga jatuh lebih rendah lagi pada penghujung minggu ini.

Sasaran penurunan harga dilihat akan menguji zon support 1.05000 dan berkemungkinan boleh menyambung penurunan mencecah hingga 1.04000 untuk catatan terendah harga 14 minggu.

Namun, kenaikan harga boleh berlaku pada kebiasaan dagangan penutup setiap minggu, jadi pelabur perlu bersedia untuk pergerakan berlawan arah.

Sekiranya kenaikan berlaku, antara paras awal yang perlu diberi perhatian adalah pada 1.06000 selain harga juga akan menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan rangka masa 1 jam carta EUR/USD.

Melepasi halangan itu akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend dan harga bakal meneruskan kenaikan menuju pula zon rintangan pada 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat