EUR/USD Beri ‘Hint’ Awal Perubahan Trend Menurun Harga?

831

Pergerakan pasaran kewangan di awal minggu ini perlahan dengan dagangan US dolar lemah selepas sentimen risk-on minggu lalu kekal memberi tekanan buat mata wang utam tersebut.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan November yang diterbitkan pada Jumaat lalu kurang memberangsangkan memberi tanda pemulihan sektor buruh AS terus kehilangan momentum dengan terkesan oleh gelombang ketiga pandemik Coronavirus.

Pelabur masih menantikan perkembangan lanjut pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi AS dan sekiranya laporan terbaru melenyapkan keyakinan pelabur, US dolar berkemungkinan bakal pamerkan pengukuhan semula.

Buat masa ini, US dolar masih lagi dilihat didagangkan lemah berbanding mata wang utama lain dalam pasaran.

Pada carta pasangan EUR/USD, harga telah mencapai paras ketinggian terbaru sejak April 2018 pada sekitar 1.21800 membentuk paras rintangan terbaru sebelum harga menutup dagangan minggu lalu sekitar 1.21200.

Pergerakan harga yang mula berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga membuatkan pelabur berwaspada terhadap jangkaan perubahan trend bearish pada carta EUR/USD.

Namun sekiranya harga masih menyambung pergerakan dalam trend bullish pada minggu sebelum ini, kenaikan harga bakal menguji semula resistance 1.21800 minggu lalu untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Namun jika harga membuat penurunan, paras sokongan terhampir dilihat pada 1.20900 dengan kecenderungan lebih tinggi untuk penurunan lebih lanjut harga.

Penurunan yang diteruskan bakal kembali menguji semula paras tumpuan pada 1.20000 di zon RBS (resistance become support).

Pelabur akan turut memantau data-data ekonomi Eropah sepanjang minggu ini yang bakal mempengaruhi dagangan Euro dengan mesyuarat bank pusat Eropah menjadi tumpuan utama pasaran.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat