EUR/USD Capai Paras Ketinggian Terbaru 4 Bulan Pada Sesi Asia

248

Dalam perkembangan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang masih positif, dagangan US dolar sebaliknya menunjukkan prestasi pergerakan harga yang lemah bersambung awal dagangan minggu ini.

Risiko ketegangan perang dagang yang semakin pudar dan petunjuk pertumbuhan global membuatkan pelabur lebih yakin untuk tertumpu kepada aset berisiko dalam pasaran.

Turut memberi tekanan terhadap USD adalah spekulasi pasaran yang mengunjurkan tahun 2020 menjadi tahun yang merosot buat matawang utama dunia itu.

Kemerosotan dagangan US dolar membuka peluang untuk matawang utama yang lain mengukuh dalam pasaran khususnya dolar Euro.

Meneliti pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga telah mempamerkan kenaikan ketara harga pada penghujung dagangan minggu lalu apabila mencatatkan sekitar 100 pips kenaikan harian.

Setelah bergerak mendatar beberapa hari, harga mula kembali melonjak pada Jumaat lalu apabila harga melepasi garisan trendline dan halangan dinamik pada Moving Average 50 (MA50) pada hari sebelumnya.

Kenaikan harga hampir mencecah paras ketinggian 1.11900 pada sesi New York lalu sebelum harga menutup dagangan sedikit rendah.

Menyambung dagangan pada minggu ini, harga terus menunjukkan kenaikan sebaik sahaja sesi pasaran Asia dibuka dengan kenaikan telah melepasi paras ketinggian 1.12000 dan dengan itu telah mencatatkan paras tertinggi sejak dagangan Ogos.

Dengan dagangan US dolar yang kekal lemah, momentum kenaikan harga sejak minggu lalu bakal mendorong kenaikan lebih tinggi pada carta EUR/USD pada minggu ini.

Paras sekitar 1.13000 dilihat menjadi paras tumpuan harga bagi kenaikan yang seterusnya.

Namun jika harga kembali membuat penurunan dari zon resistance semasa, penurunan dilihat akan kembali ke paras sekitar 1.11000 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat