Sejak Berusia 18 Tahun Dah Jana Pendapatan Sebanyak $100,000, Kini Asaskan Syarikat Forex Pada Usia 24 Tahun!

1,530

Berto Delvanicci merupakan seorang pemuda berusia 24 tahun yang berasal dari Miami, Amerika Syarikat. Meskipun usianya masih terlalu muda, namun nama beliau tidak asing lagi daripada dunia forex trading bahkan beliau telah pun bergelar seorang jutawan! Hebat, bukan? Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah kisah di sebalik kejayaannya itu?

Hakikatnya, Berto telah pun melibatkan diri dalam forex trading sejak berumur 18 tahun. Pada ketika itu, beliau berjaya menjana keuntungan sebanyak $100,000! Rentetan daripada itu, beliau pergi ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak $70,000 daripada jumlah keuntungannya. Peristiwa tersebut sangat mengejutkan kakitangan bank berkenaan dan menimbulkan persoalan mereka tentang bagaimana seorang remaja yang baru berusia 18 tahun mempunyai wang yang begitu banyak.

Sehubungan dengan kejadian berkenaan, Berto merancang untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang rahsia kejayaannya dalam forex trading dengan menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Lions of Forex berbekalkan modal sebanyak $2 juta.

Seterusnya, beliau mendedahkan bahawa penglibatannya dalam forex trading didorong oleh keinginannya untuk memperolehi kebebasan dan tidak terikat dengan mana-mana pekerjaan. Melalui forex trading, beliau bebas untuk bekerja pada bila-bila masa dan di mana jua keberadaannya hanya dengan menggunakan akses internet dan telefon bimbit. Bukan itu sahaja! Bahkan beliau mengimpikan sebuah kehidupan yang mewah dengan pakaian yang berjenama dan tempat tinggal yang selesa serta memiliki kereta yang mahal.

Di samping itu, Berto menyatakan tentang kepentingan untuk memiliki seorang mentor boleh memberikan panduan dan tips berguna dalam forex trading. Oleh itu, beliau sering menjadikan Grant Cardone sebagai idolanya. Nak tahu lebih lanjut tentang Grant Cardone? Boleh baca di sini.

Kini, syarikat yang diasaskannya itu telah melahirkan lebih daripada 3,000 forex trader yang berjaya! Cuba anda bayangkan berapakah jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Berto?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat