EUR/USD Junam Sampai 200 Pips Minggu Lalu!

138

US dolar mengakhiri dagangan minggu lalu dengan prestasi yang cemerlang walaupun penganalisis pasaran menjangkakan mata wang itu bakal melalui perjalanan sukar selepas data-data penting diterbitkan.

Walaupun Federal Reserve (Fed) dilihat akan menuju ke arah pelonggaran dasar yang mendorong US dolar bergerak lemah, namun raja mata wang itu kekal gah membenam kebanyakan mata wang utama lain sehingga ke penghujung minggu lalu.

Penganalisis melihat faktor sentimen pasaran yang berisiko membuatkan permintaan terhadap US dolar sebagai safe-haven meningkat, berikutan isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) masih lagi belum selesai.

Justeru, US dolar masih berpotensi untuk kekal kukuh pada minggu ini, namun pelabur perlu berwaspada sekiranya terdapat tanda-tanda untuk ia melemah semula dalam pasaran.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga pamerkan penurunan mingguan terbesar sejak Februari dengan Euro berjaya susut ke paras terendah 4 minggu berbanding US dolar.

Dari paras ketinggian 1.10500 di awal minggu, harga telah membuat penurunan 200 pips hingga ke paras 1.08500 pada penutup penghujung minggu tersebut.

Pergerakan harga yang kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD akan terus menjangkakan trend bearish akan diteruskan minggu ini.

Selepas penurunan melepasi zon penting 1.09000, harga dilihat akan melanjutkan lagi penurunan lebih rendah menuju paras 1.08000 pula.

Seterusnya, jika penurunan masih lagi diteruskan, sasaran akan beralih ke paras 1.07000 untuk rekod terendah harga 8 minggu.

Jika berlaku lonjakan semula, zon 1.09000 dan halangan MA50 akan diuji dan reaksi harga akan diperhatikan pelabur.

Sekiranya harga berjaya tembus rintangan berikut, jangkaan awal untuk perubahan trend bullish seterusnya berkemungkinan akan melihat harga mencapai semula paras penting pada 1.10000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda dan sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat