Laporan Pekerjaan Berikutnya Boleh Dorong BTC Meroket!

255

“Harapnya naik la, takut tiba-tiba harga BTC turun pula.”

Walaupun pasaran mata wang kripto pada masa ini melihat penurunan, aset digital seperti Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) masih menunjukkan tanda-tanda untuk pulih selepas mengalami kejatuhan drastik pada tahun lepas.

Terdahulu, kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah rampas BTC bernilai lebih $215 juta daripada laman web pasaran gelap digelar Silk Road diasaskan oleh Ross Ulbricht yang kini berada di penjara, tetapi perusahaannya didapati tetap beroperasi.

Rentetan itu, kerajaan AS yang mungkin akan menjual BTC bernilai $1 bilion pada tahun hadapan mampu memberi tekanan jualan terhadap harga aset digital tersebut, ulas seorang penganalisis pasaran kanan FX Pro bernama Alex Kuptsikevich.

Meskipun begitu, harga BTC berpotensi untuk mencanak tinggi selepas terbitan data NFP pekerjaan AS yang akan dijadualkan pada 19 Mei 2023 minggu ini.

Hal ini kerana peningkatan lebih tinggi dalam pekerjaan membawa maksud bahawa BTC termasuk aset digital lain akan melonjak manakala harganya dikatakan menurun sekiranya situasi berlaku sebaliknya semasa NFP.

Menurut Yuya Hasegawa, seorang penganalisis pasaran kripto Bit Bank di Tokyo berkata harga BTC juga boleh menguji semula paras $29,000 jika Federal Reserve (Fed) tidak bertindak agresif dalam dasar monetari mereka.

Namun perlu diingatkan bahawa BTC akan menjadi ‘fake-out’ apabila aset digital tersebut hanya mencecah di bawah zon $29,000 seterusnya digelar ‘breakout’ sekiranya ia berada di atas paras harga itu.

Selepas menjunam sehingga $25,871, harga BTC kini melonjak sebanyak 1.56% pada paras $26,848 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $525 bilion tetapi masih mencatatkan penurunan 3.65% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat